wings





Tuesday 7 February 2012

SELAMAT HARI LAHIR...abah..

5 February 2012 bersamaan 12 Rabiulawal 1433H adalah hari jadi abah kami yang ke 72......;)

Alhamdulillah, abah masih dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dan diberi kekuatan untuk beribadah kpd Allah....syukur sangat2, kami masih diberi peluang untuk berbakti kpd abah walaupun tinggal berjauhan....teringin rasanya utk tinggal bersama utk terus menatap wajah abah...tapi kome dh kawen..so sila sedar diri yer...huhuhu

Abah kami memang garang, tegas n berdisiplin..tp abah bkn bekas ASKAR..abah hanyalah bekas guru or pendek kata PENGETUA sekolah...tp bkn sbb abah seorg pengetua gak, rasanya mngkin dr hasil didikan atok yg mendidik abah sebegitu..n .mngkin juga sbb abah membesar tanpa emak di sisi n ramai adik yg perlu dijaga...sbg anak kedua n sbg abg, mestilah sikap mcm tu datang secara naturalkan?? org zmn dulukan hdp ssh..lagi2 di zamn jepun.abah dh melalui sume tu..smua pengalmn tu yg menjdkan abah kami sebegitu n of course kami BANGGA dgn abah.....;)

kami SAYANG ABAH....
kami tidak akn lupa segala pesan ABAH....
kami selalu doakn kesejahteraan ABAH di dunia n akhirat... 

kami jadikan cara hidup ABAH sbg cth dlm keluarga kami 
kami jadikan cara didikan ABAH sbg panduan dlm keluarga kami
sbb kami BANGGA dgn ABAH...;)


source: kojie.blogspot.com

Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…….

Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa’at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..
source: akucepotet




Comments
0 Comments

0 complainz: