wings





Friday 24 February 2012

Hukum Pelaburan Aamanah Saham Nasional (ASN ), Amanah Saham Bumiputera (ASB )


Tarikh Keputusan: 
 12 Apr, 2011
Keputusan: 
 

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-
 
  1. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:

    ما اجتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام الحلال
    Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ”
     
  2. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
     
  3. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.
 


Hurm..luckily i never invest in ASB n etc....i dunno why...coz i prefer with Tabung Haji...although the BONUS is low but d most important is HALALAN TAYYIBAN....yeah!!!whatever it is we have to aware with all hukum to make sure we live TANPA WAS-WAS...am i right??

Lagipun, banyak lagi cara lain utk kite saving dgn jayanyeee...so many OPTIONS...
-UNIT TRUST
-PELABURAN HARTANAH
-EMAS/PERAK/DINAR
-KWSP 
-TABUNG HAJI
-INSURANS
-FIXED DEPOSIT

So, sapa2 dah invest, cepat2la stop b4 terlambat....i know..it's not easy...banyak tu BONUS...gler r.. tapi kita kene ingat....duit boleh dicari tp kalu rosak hati susah nk ubati tau.....bawak2la berbincang ngn org tersayang yer...
GOOD LUCK!!!!;)

Wednesday 22 February 2012

NO PLAT KERETA ANDA??

Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.

Kenapa Perak bermula dengan A ?


Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.

Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak. Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.

Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B ) di ikuti oleh Pahang (Plat C ) dan Kelantan (Plat D ).

Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri. Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.







ada satu lagi plet di malaysia yang lain dr yang lain. kalau tak silap di sarikei, sarawak . kalau ada org sarawak sila betulkan.pletnya bermula dr 6D ####Q. 6D bermaksud devisyen ke enam, iaiti kawasan seperti dareah/bahagian di sarawak. 6D menunjukkan 6 divisyen (bahagian ke enam bagi negeri Sarawak)..
6DA##Q / QR## = sarikei7DA##Q / QP## = kapit kemudian ianya ditukar ke SA 1234 Q, KA 1234 Q...etc...SA (S utk Sibu), KA (K utk Kuching)... etc 
source: google

Q pula untuk membezakan antara nombor pendaftaran negeri Sarawak (untuk kawasan Kuching yg bermula dengan huruf 'K' ketika itu) dengan nombor pendaftaran bagi negeri Kedah.

Pernah timbul kekeliruan apabila ada dua kenderaan yg berada di jalanraya di sarawak menggunakan nombor pendaftaran yg sama (contoh KH 1234) sedangkan salah satu adalah kenderaan yg didaftarkan di negeri Kedah yg dibawa masuk ke Sarawak oleh pemiliknya yg berpindah/bertugas ke Sarawak.
Apabila ditambah dengan huruf 'Q' (contoh KH1234Q) baru nampak perbezaannya.
Yg satu kedah dan yg satu lagi Sarawak. Ini berlaku pd tahun 80an.





Abjad "E" telah ditambah sebagai awalan untuk menunjukkan kenderaan itu berdaftar di Malaysia Timur, diikuti dengan abjad kedua yang menunjukkan wilayah di negara bagian itu (iaitu dari "J 1234" dan "JA 1234" kepada "EJ 1234" dan "Eja 1234"). Ini bertujuan untuk mengatasi kekeliruan dengan nombor lesen dari Semenanjung Malaysia, namun pinggan tersebut kemudian menjadi sebati dengan plat nombor Singapura, yang diterbitkan dengan "E" dan "EA" untuk awalan "EZ" antara tahun 1972 dan 1984.

Plet W yang asalnya adalah Prai (Wellesley) dengan P hanya untuk Pulau Pinang (Island)...
Sebab itulah Plat Wilayah Persekutuan KL bermula dengan WA. Plat W masih lagi digunakan sehingga sekarang tetapi dibawah pengurusan JPJ Pulau Pinang (hanya ada beberapa buah sahaja lagi kereta yang masih berdaftar dgn Plat W)

Sebelum menggunakan Plat D , negeri Kelantan dan Terengganu berkongsi menggunakan Plat T (Timur). - hanya setelah penjualan kereta di Kelantan menunjukkan peningkatan yang banyak maka Kelantan menggunakan Plat D. sebab tu d kelantan, byk kereta2 lama yg mgunakan plet T dan TA...








Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :

A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan

E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan

F = -tiada-
G = -tiada-
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang

Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman and Betong
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu and Mukah
QT: Bintulu
QSG Sarawak government

R = Perlis

S = Sabah, dulu E
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau

SG Government (No longer used as all current government vehicles bear Kota Kinabalu plates) 

T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-

Z = Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor



No plate Special..

Proton: Issued for certain Proton cars.
Perodua: Issued for certain Perodua cars.
WAJA: Issued for Proton Waja cars.
Chancellor: Issued for Proton Chancellor cars.
Persona: Issued for Proton Persona cars.
Satria: Issued for Proton Satria cars.
Tiara: Issued for Proton Tiara cars.
Perdana: Issued for Proton Perdana cars.
LOTUS : Issued for Lotus cars.
KRISS: Issued for Modenas Kriss motorcycle.
Jaguh: Issued for Modenas Jaguh motorcycle.
NAZA: Issued for Naza vehicles.
SUKOM: Issued only during the 1998 Commonwealth Games, which was held in Kuala Lumpur at that year.
XIII NAM: Issued only during the 2003 NAM Summit which was held in Kuala Lumpur at that year.
X OIC: Issued only during the 2003 OIC Summit which was held in Kuala Lumpur at that year.
XI ASEAN: Issued only during the 2005 ASEAN Summit which was held in Kuala Lumpur at that year.
BAMbee: Issued only during the 2000 Thomas and Uber Cup which was held in Kuala Lumpur at that year.
XXX IDB: Issued to members and participants of the Islamic Development Bank conference.
G1M - gagasan 1 Malaysia ( banyak kelihatan d kawasan Putrajaya)
Putrajaya - 
Putrajaya


Teksi:

HA: Ipoh & Taiping in Perak
HB: Klang Valley, Selangor
HC: Kuantan, Mentakab & Temerloh in Pahang
HD: Kota Bharu, Kelantan
HJ: Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kluang & Kulaijaya in Johor
HK: Alor Star & Sungei Petani in Kedah
HL: Labuan
HM: Malacca
HN: Seremban, Negeri Sembilan
HP: Penang & Prai
HQ: Kuching, Miri, Sibu & Bintulu in Sarawak
HS: Kota Kinabalu, Sandakan & Tawau in Sabah
HT: Kuala Terengganu, Terengganu
HW: Kuala Lumpur

Diplomat asing/kedutaan:
Contohnyeee 11-22-CC
CC-consular corp utk negara komanwel
UN-united nation





Source: http://www.keretalama.com


pasni kte tgk no plate kete yg best2 n pelik2 plak...
tungguuu....;)