wings





Tuesday 13 March 2012

Umrah Seringgit Sejuta Nilai


Program Umrah Seringgit Sejuta Nilai 'USSI' adalah satu usaha murni yang digerakkan untuk memberi peluang kepada insan kurang bernasib baik bagi menunaikan Umrah bersama Ulama di Tanah Suci menerusi sumbangan atau derma kecil daripada orang ramai bermula seringgit atau lebih mengikut kemampuan.

Objektif:-
1 - Memberi peluang kepada insan yang kurang bernasib baik bagi mengerjakan umrah di Tanah Suci.
2 - Melahirkan masyarakat yang saling kasih mengasihi dan sayang menyayangi sesama muslim.
3 - Menggunakan nilai bermula RM1 bagi satu kerja amal dan dakwah yang sangat besar ertinya.

Golongan Sasaran:-
PENDERMA - Sesiapa sahaja dikalangan masyarakat muslim atau mana-mana syarikat/ pertubuhan/ badan kerajaan yang berminat.
PENERIMA - Sesiapa sahaja individu muslim yang tidak pernah berpeluang menunaikan Umrah.(**Prosedur pemilihan akan dilakukan oleh Komuniti USSI**)

Kaedah Menyumbang:-
TABUNG kutipan 'USSI' adalah seperti berikut :
1) Bank Al Rajhi : 107001881930103 atas nama Yayasan Basmi Kemiskinan
2) Maybank : 514347210851 atas nama Karyawan Bestari Sdn Bhd, sekiranya tiada Bank Al Rajhi yang berhampiran







Kaedahnya mudah iaitu dengan mengumpul sumbangan kecil RM1 seorang daripada kalangan muslimin dan muslimat yang prihatin dan sayang akan nasib dan kesusahan yang menimpa saudaranya. Jumlah RM1 ini mungkin kecil bagi kita yang mampu tetapi besar nilainya buat mereka yang tidak berkemampuan.

Dalam pelbagai bentuk dan sifat kemiskinan, ada insan-insan yang menyimpan hajat murni iaitu untuk menunaikan ibadat haji mahupun umrah di Tanah Suci bagi melengkapkan rukun Islam mereka. Hakikatnya, tuntutan ini tidak mungkin tercapai disebabkan kemiskinan dan keupayaan yang terbatas, hanya dengan ehsan dan bantuan orang lain hajat ini dapat disempurnakan. Atas rasa kesedaran dan tanggungjawab inilah, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak berorientasikan keuntungan bersama Karyawan Bestari Sdn Bhd mengorak langkah untuk merealisasikan impian murni mereka.


Untuk maklumat lanjut:-

Facebook : facebook.com/umrahseringgit
Twitter : twitter.com/UmrahSeringgit

CARA NABI BERZIKIR