wings





Saturday 21 July 2012

Ramadhan adat, Ramadhan ibadat

Apakah sebenarnya Ramadhan kepada diri kita??

Sebenarnya, mulai sekarang kita perlulah memecahkan kefahaman atau perasaan di dalam jiwa ini yang memandang Ramadhan semata-mata satu adat, atau satu acara tahunan kitaran yang berulang-ulang.

Allah SWT tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia semata. Semua perkara yang Allah arahkan, suruh, pasti mempunyai makna yang besar dan membawa 1001 kebaikan kepada kita.

Begitulah Ramadhan. Tidak akan wujud perintah agar dijalankan Ramadhan itu sebulan, sekiranya Ramadhan itu sekadar adat semata. Maka kita perlu fokus dan serius. Memperbaharui semula niat.

Memahami semula akan matlamat. Lantas memperbaharui semangat diri dalam bergerak menggapai apa yang Allah mahu berikan kepada kita di dalam Ramadhan.

Bukan sekadar pahala.

Tetapi pentingkan diri sebagai hamba kepadaNya.

Source: LangitIlahi.com

Friday 20 July 2012

Motivasi buat Pendosa

Tanda bersyukur bukanlah hanya dengan menyebut alhamdulillah.


Orang yang bersyukur dengan pemberian Allah SWT, dia akan bersungguh-sungguh untuk hidup dengan baik juga. Allah SWT memberikan kita Ramadhan untuk menjadi lebih baik, maka kita mengambil segala peluang yang wujud di dalam Ramadhan dengan bersungguh-sungguh.


Kalau Allah benci kita, Dia boleh sahaja mematikan kita sebelum Ramadhan.


Tidak memasukkan kita dalam kalangan yang mendapat peluang ini.


Tetapi sekarang, Ramadhan telah tiba dan kita berada di dalamnya.


Maka marilah kita, para pendosa yang masih hidup ini, bersyukur, dengan mengambil peluang Ramadhan ini, menjadikan Ramadhan kali ini medan perubahan kita.


Source: LangitIlahi.com

Thursday 19 July 2012

Niat Puasa




TARIKH LIHAT ANAK BULAN RAMADHAN 2012 dan SEJARAHNYA




Dengan ini diumumkan, 
Majlis Raja-Raja telahpun menetapkan bahawa tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2012 bagi menentukan permulaan puasa bagi semua umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Khamis, 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433 Hijrah.
Terima Kasih:)

Di Bintulu, sesiapa nak join tengok anak bulan, bolehla pergi ke Tanjung Batu....



SEJARAH MELIHAT ANAK BULAN



Amalan merukyah atau melihat anak bulan bermula sejak dari tahun 1933 di negeri Johor yang di ketuai oleh Datuk Al Syed Salaim bin Syed Hassan Al-Attas. Kemudian pada tahun 1934 Al Syed Alwi bin Tahir Al-Hadad telah mengetuai rombongan merukyah anak bulan dari atas menara Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru yang kebetulan terletak di tepi pantai. Walau bagaimanapun tiada bukti yang menunjukkan keupayaan tempat tersebut untuk merukyah anak bulan.
Apabila Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam ditubuhkan, bermula tahun 1972 penentuan kedua-dua tarikh ini dilakukan secara rukyah dan hisab. Kaedah ini menyatakan sekiranya anak bulan tidak kelihatan ketika merukyah, tetapi mengikut hisab falak (kiraan untuk menentukan kedudukan anak bulan) anak bulan itu wujud dan umurnya mencapai 8 jam ketika matahari terbenam, maka hisab falak digunakan.

Source: ieyra.com
Amalan penetapan puasa dan hari raya ini berjalan dengan sempurna sehinggalah pada tahun 1977, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam tiba-tiba telah menerima rumusan Seminar Pentadbiran Undang-undang Jenayahdan Keluarga Islam. Rumusan seminar tersebut menyatakan tarikh puasa dan hari raya hanya ditentukan dengan cara rukyah sahaja. Maknanya ketika merukyah anak bulan pada petang 29 Syaaban atau Ramadhan jika mendapati anak bulan tidak kelihatan, keesokan harinya dicukupkan menjadi 30 Syaaban atau Ramadhan. Penetapan ini tidak mengambil kira hisab tetapi ianya hanya berfungsi sekadar membantu dalam kerja-kerja merukyah sahaja.
Kesan dari penetapan ini timbul semula perbincangan hangat berhubung dengan kaedah yang diamalkan. Ini jelas memperlihatkan negara kita sering sahaja terlewat memulakan puasa dan hari raya berbanding dengan negara-negara lain. Apa yang berlaku negara kita sentiasa mencukupkan puasa sebanyak 30 hari kerana anak bulan tidak kelihatan disebabkan faktor cuaca, wal hal seperti yang sedia maklum bulan-bulan Islam itu sentiasa berselang seli antara 29 atau 30 hari. Bahkan di zaman Rasulullah s.a.w, dalam jangka masa 10 tahun hanya sekali sahaja baginda berpuasa selama 30 hari.
Kemuncak kepada kontroversi ini berlaku semasa penentuan Ramadhan dan Syawal 1401H (1981M). Kerajaan telah memutuskan penentuan tarikh ini secara rukyah semata-mata. Mengikut hisab, ijtimak bulan Ramadhan 1401H berlaku pada 3.00 pagi pada 2 Julai 1981. Pada petang hari tersebut matahari terbenam pada pukul 6.54 petang manakala bulan pula terbenam pada pukul 7.30 petang. Ini bermakna peluang merukyah anak bulan mengambil masa 36 minit setelah matahari terbenam. Akan tetapi rombongan merukyah anak bulan pada petang tersebut gagal melihat anak bulan kerana faktor cuaca yang dialami di negara kita. Justeru Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengisytiharkan permulaan puasa jatuh pada 4 Julai 1981. 3 Julai 1981 bulan Syaaban disempurnakan menjadi 30 hari. Hal ini tidak disedari oleh sebahagian besar umat Islam, tetapi bagi ahli-ahli falak menyedari akan timbul masalah semasa menentukan hari raya kelak.
bantenbeach Tarikh melihat anak bulan puasa, hari raya dan sejarahnya
Source; Denai Hati
Ketika menentukan hari raya, ijtimak bulan Syawal 1401 telah berlaku pada 31 Julai 1981. Mengikut hisab pada petang hari tersebut matahari terbenam pada pukul 6.56 petang dan bulan pula akan terbenam pada pukul 7.09 petang. Maknanya anak bulan akan berada di atas ufuk ketika matahari terbenam selama 13 minit. Mengikut hisab anak bulan boleh dirukyah pada petang tersebut. Tetapi pada tarikh tersebut (31 Julai), umat Islam di Malaysia baru mencukupkan puasa selama 28 hari sedangkan menurut rukyah anak bulan hanya akan dirukyah pada 29 haribulan hijrah. Oleh itu pada 31 Julai 1981 anak bulan tidak dirukyah sedangkan negara-negara jiran Singapura, Indonesia dan Thailand telah mengisytiharkan hari raya pada 1 Ogos 1981. Sedangkan Malaysia pada tarikh tersebut (1 Ogos) baru hendak merukyah anak bulan Syawal dan hasilnya anak bulan (sebenarnya bulan sabit yang telah berumur dua hari) telah kelihatan dengan jelas di Teluk Kemang, Negeri Sembilan dan Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah. Ini bermakna Malaysia telah terlewat sehari berhari raya dengan negara-negara jirannya.
Menjelang tahun 1984, negara kita sekali lagi telah melakukan perubahan penetapan tarikh puasa dan hari raya dengan menggabungkan kedua-dua kaedah rukyah dan hisab. Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam telah menetapkan penentuan awal Ramadhan dan Syawal berdasarkan kriteria kebolehnampakan (imkanur rukyah) seperti yang ditetapkan dalam Persidangan Hilal Negara-negara Islam Sedunia di Istanbul, Turki (1978). Rumusan itu menyatakan, pada hari rukyah anak bulan dikira nampak jika ketika matahari terbenam;
a. Tinggi anak bulan tidak kurang dari 5 darjah dari ufuk barat
b. Jarak lengkung anak bulan ke matahari tidak kurang dari 8 darjah.
c. Umur anak bulan tidak kurang dari 8 jam selepas ijtimak berlaku.
Ini bermakna jika anak bulan sudah lahir tetapi tidak kelihatan ketika merukyah dan kedudukan anak bulan mengikut hisab berada di luar lingkungan tiga syarat di atas, anak bulan di kira tidak nampak dan esoknya disempurnakan 30 Syaaban atau 30 Ramadhan. Akan tetapi jika anak bulan sudah lahir tetapi tidak kelihatan ketika merukyah dan kedudukan anak bulan mengikut hisab berada di dalam lingkungan tiga syarat di atas, anak bulan di kira nampak. Dengan itu esoknya dikira sudah bermula bulan baru samada 1 Ramadhan atau 1 Syawal.
Walaupun kaedah penentuan puasa dan hari raya ini sudah diterima dengan baik oleh masyarakat Islam di negara kita tetapi masih lagi berlaku ketidak seragaman tarikh tersebut berbanding dengan negara-negara jiran di persekitaran Asia Tenggara. Ini berpunca dari ketidak selarasan kaedah penetapan Ramadhan dan Syawal. Contohnya Brunai masih lagi mengamalkan kaedah rukyah sahaja manakala Singapura pula menggunakan kaedah hisab sahaja. Cuma Malaysia dan Indonesia sahaja yang menggunakan gabungan kaedah rukyah dan hisab tetapi mungkin juga wujud perbezaan dari segi penggunaan kriteria imkanur rukyah. Sebab itulah ketika menyambut puasa dan hari raya sering tidak selaras dengan negara-negara jiran walaupun kedudukan kita serumpun dan bersebelahan.
Menyedari hakikat perbezaan ini, langkah awal untuk mewujudkan keseragaman tarikh penting ini dilakukan oleh negara kita bersama-sama dengan Indonesia, Brunai dan Singapura kesan langsung dari pertemuan tidak rasmi Menteri-menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS). Perbincangan yang berterusan di antara anggota-anggota MABIMS dengan mengambil kira keperluan dan pengalaman semasa dan persetujuan semua pihak menghasilkan suatu keputusan baru yang lebih bersesuaian. Hasilnya MABIMS telah bersetuju menetapkan puasa dan hari raya dengan gabungan kaedah rukyah dan hisab. Tetapi kriteria imkanur-rukyah yang digunakan di resolusi Persidangan Negara-negara Islam di Istanbul pada 1978 telah diubahsuai dengan menetapkan anak bulan di kira nampak dan boleh di lihat jika mengikut hisab anak bulan berada di kedudukan berikut pada hari rukyah:
a. Anak bulan berada pada ketinggian tidak kurang dari 2 darjah di ufuk barat ketika matahari terbenam, dan
b. Jarak lengkung anak bulan ke matahari ketika matahari terbenam tidak kurang dari 3 darjah, atau
c. Umur anak bulan ketika bulan terbenam pada hari rukyah tidak kurang dari 8 jam selepas ijtimak berlaku.
Kesan dari penyeragaman ini, sejak dari tahun 1992 hingga sekarang ummat Islam di negara kita menjalani ibadah puasa dan berhari raya serentak dengan Indonesia, Singapura dan Brunei.

Source: Denai Hati

TIP2 BERSAHUR n BERBUKA PUASA

TIP2 BERSAHUR:-
1) Tidur awal.
2) Lewatkan sahur. 
3) Ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan. 
4) Elakkan juga minum minuman berkafein dan air berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan kita lebih kerap membuang air, dan mempercepatkan kehilangan cecair.
5) Pastikan minum banyak air seperti minum jus buah-buahan, susu atau air kosong supaya bekalan cecair di dalam tubuh kita cukup secukupnya;)
Source: Mr. Google
Salah Satu Menu Bersahur KAMI.....nyum2!!!

TIP2 BERBUKA PUASA
1) Berbuka dengan kurma.
2) Diikuti kuih-muih.
3) Sembahyang maghrib.
4) Barula makan nasi atau roti atau bubur tapi pastikan lauk masih panas...barulah sedap;)
5) Kurangkan lauk yang bergoreng atau berlemak kerana boleh menyebabkan pedih ulu hati..Watch Out!!! 
6) Lauk yang terlalu manis pun perlu dikurangkan..;)
7) Sesiapa yang gastrik (macam KAMI), tolong kurangkan lauk-lauk berempah dan terlalu pedas sebab boleh merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Hasilnya, KAMI tidak pernah kene gastrik sepanjang bulan puasa  tahun2 lepas...Alhamdulillah!!!;)

Source: Mr. Google
WARNING!!! 
1) Jangan makan terlampau kenyang, nanti tak larat nak sembahyang tarawikh!!!;)
2) Jangan lupa minum air banyak2 selepas sembahyang tarawikh nanti!!!;)
3) Pastikan tidur awal!!!!:)
4) Ape2 pun, nak berbuka atau bersahur, pastikan kita makan secara SEDERHANA, SEIMBANG dan BERKHASIAT!!;)

SELAMAT BERPUASA!!!!!!!!!!!!!!!!


Tuesday 17 July 2012

RAHSIA ISTERI







RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU TAHU

" Cintai isterimu… apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya untuk memastikan rasanya sedap untukmu"

" Cintai isterimu… apabila dia 'memaksa' anda untuk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu"..

" Cintai isterimu… apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu " ...

" Cintai isterimu… apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "

" Cintai isterimu... apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "