wings





Wednesday 8 February 2012

BIODATA RASULULLAH SAW


  • Nama : 
    • Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai bin Ghalib bin Fihr bin Ibni Malik bin An-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah Mudrikah bin Elias bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan
  • Nama-nama lain :
    • Ahmad , Al-Mahi , Al-Hasyir , Al-A’qib , Al-Mutawakkil.
  • Nama-nama Gelaran :
    • Abu Qasim , Al-Amin.
  • Bangsa :
    • Arab Quraisy
  • Agama :
    • Islam
  • Tarikh Lahir :
    •  Subuh hari Isnin
    • 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
    • Bersamaan 20 April 571 Masihi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
  • Tempat lahir : 
    • Di  Syua’ib Bani Hashim,  rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
  • Bidan Nabi :
    • Ummu Mas’ud
  • Bilangan Adik-beradik :
    • • Anak tunggal [ anak yatim ]
  • Nama bapa : 
    • Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu :  
    • Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.
  • Pengasuh pertama : 
    • Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa  Rasulullah SAW).
  • Ibu susu pertama : 
    • Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua : 
    • Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).
  • Nama-nama Isteri :
    • Khadijah bt. Khuwailid, Saudah , A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun  bt. Abi Umaiyah , Zainab bt. Jahsyi , Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian , Sufiah bt. Huyi , Maimunah bt. Al-Haris.
  • Nama-nama Anak :
    • Qasim , Abdullah , Ibrahim , Fatimah , Zainab , Ummu Kalsum ,Ruqayyah.
  • Nama-nama Bapa Saudara :
    • Hamzah , Al-Abbas , Abu Talib , Abu Lahab , Az-Zubir , Abdul Ka’bah , Al-Muqawim, Dhirar , Qusam , Al-Mughirah , Al-Ghaidak.
  • Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
    • Sufiah , A’tikah , Barrah , Urwa , Umaimah , Ummu Hakim Al-Baidha’.
  • Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
    • Hamzah , Al-A’bbas.
    • Sufiah , Urwa.
  • Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
    • Mariah al-Qibtiah , Raihanah.
  • Nama-nama Hamba Lelaki :
    • Aslam , Abu Rafi’ , Sauban , Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan , Yasar Nubi
  • Nama Anak Angkat :
    • Zaid bin Harithah bin Syarahil.
  • Nama-nama Khadam :
    • Anas bin Malik , Abdullah bin Mas’ud , ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik , Bilal bin Rabah , Abu Zar al-Ghiffari.
  • Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
    • Abu Bakar , Umar , Uthman , Ali , Zubir , Amir , Amru Al-‘As , Zaib bin Thabit , Muawiyyah ,Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.
  • Setiausaha Sulit :
    • Huzaifah b. Yaman.


Sifat Fizikal :
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat , putih kemerahan , mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis , keseluhan badan  tidak berbulu.
• Bulu mata panjang , suara kasar , gigi hadapan renggang.
Sifat-sifat Yang Wajib:
• Siddiq [ benar ] , Amanah [ jujur] , Tabligh [ menyampaikan ] , Fatanah [ bijkasana ].
Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ] , Khianah [ pecah amanah] , Kitman [ menyembunyikan ] , Baladah [ bodoh].
Sifat-sifat Yang Harus :
• Makan , minum , tidur , berkahwin , sakit , demam.
Pendidikan :
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].
Pekerjaan :
• Gembala Kambing.
• Berniaga.
Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul :
• Umur 40 tahun di Gua Hira’.
Guru Pertama :
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.


Tugas Utama :
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.
Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan  jin .
• Ketua Pemerintah  kerajaan Islam di Madinah.
Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.
Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم
Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.
Pengalaman Pertama Menerima Wahyu:
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.


Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.
• Hijrah ke Madinah-Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq , sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.


Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.
Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].
Berita Yang Mengembirakan :
• Keislaman Umar bin al-Khattab.
Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
Peristiwa Yang Mengembirakan :
• Pembukaan Kota Mekah.
Penglibatan Dalam Peperangan :
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.
Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].
Catat Rekod Dunia :
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].


Isteri Yang Paling Disayangi :
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].
Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah.
Cucu Yang Paling Disayangi :
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.
Sahabat Yang Paling Disayangi :
• Abu Bakar.
Nasihat Nabi :
• “Jadikanlah kamu  sebagai orang musafir yang sedang dalam  perjalanan.”
Wasiat Nabi :
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”
Syafaat Nabi :
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.
Tarikh Wafat :
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.



Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas ) 




Comments
0 Comments

0 complainz: