wings





Thursday 3 November 2011

Luahan Perasaan


Mereka mahu hak mereka dihormati, 
tapi hormatkah mereka pada AGAMA RASMI?

Mereka laungkan yang mereka didiskriminasi, 
dan mereka katakan kecenderungan mereka semulajadi




Tapi
ada hakikat yang mereka perlu jelas; 
hakikat bahawa segenap masyarakat kita punya batas,
keterbatasanlah yang membenteng kita dari terbabas,
dan keterbatasan ini aneh sebab kita masih rasa bebas


Bukan fitrah manusia hidup diikat,
bukan juga fitrah manusia mahu disekat,
tapi jadi fitrah bila hidup bermasyarakat,
berbudaya halus dan belajarlah apa itu hormat


Sedarkah mereka,
berapa banyak hati mukmin-mukmin yang terguris,
berapa ramai ibu-ibu yang terhiris,
betapa pendidik-pendidik merasa nilai yang diajar kini dihakis


Kalau mahu bangkitkan sesuatu isu, biarlah ADIL;
ADIL untuk kamu, dan untuk saya, dan untuk dia;
ADIL untuk ibu kamu, dan untuk bapa saya, dan untuk adik dia;
ADIL untuk guru kamu, dan untuk ustaz saya, dan untuk sahabat dia;
bukan hanya ADIL untuk kamu, dan untuk kamu, dan untuk kamu seorang sahaja!


Mereka tetap mereka;
kita tetap kita:
jalankan tanggungjawab sebagai khalifah adalah yang UTAMA;
perbaiki diri dan muhasabah diri setiap hari juga yang UTAMA;
moga kita kuat menghadapi cubaan di dunia!
kerana kita hidup dengan TUJUAN dan ada arah untuk DITUJU!


Comments
0 Comments

0 complainz: