wings





Saturday, 28 July 2012

MALU BERTEMPAT




~ malu kerana berbaju kurung, bertudung dan berpakaian muslimah,
~ Atau malu berpakaian skirt pendek, dress seksi dan tidak menutup aurat?

~ malu kerana tiada kekasih,
~ Atau malu ke hulur ke hilir dengan tidak halal untukmu?

~ malu kerana dikatakan alim,
~ Atau malu kerana dikatakan teruk?

~ malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
~ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

~ malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
~ Atau malu mengajak ke arah kemungkaran?

~ malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
~ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?


 

Bak kata Nabil Raja Lawak, LU PIKIR LA SENDIRI.......;p

Source: Dua Hati Menjadi Satu

Saturday, 21 July 2012

Ramadhan adat, Ramadhan ibadat

Apakah sebenarnya Ramadhan kepada diri kita??

Sebenarnya, mulai sekarang kita perlulah memecahkan kefahaman atau perasaan di dalam jiwa ini yang memandang Ramadhan semata-mata satu adat, atau satu acara tahunan kitaran yang berulang-ulang.

Allah SWT tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia semata. Semua perkara yang Allah arahkan, suruh, pasti mempunyai makna yang besar dan membawa 1001 kebaikan kepada kita.

Begitulah Ramadhan. Tidak akan wujud perintah agar dijalankan Ramadhan itu sebulan, sekiranya Ramadhan itu sekadar adat semata. Maka kita perlu fokus dan serius. Memperbaharui semula niat.

Memahami semula akan matlamat. Lantas memperbaharui semangat diri dalam bergerak menggapai apa yang Allah mahu berikan kepada kita di dalam Ramadhan.

Bukan sekadar pahala.

Tetapi pentingkan diri sebagai hamba kepadaNya.

Source: LangitIlahi.com