Showing posts with label tempat tambah ilmu. Show all posts
Showing posts with label tempat tambah ilmu. Show all posts
Friday, 16 March 2012
Thursday, 8 March 2012
JANGAN DALAM ISLAM
- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
Tuesday, 14 February 2012
SAY NO TO V-DAY
“VALENTINE” adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari ‘Kasih Sayang ‘. Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.
Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka”
“Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
“Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,” inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day.
“Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang,” kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
“Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita,” katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine’s Day pada Jumaat.
Namun katanya Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekalipun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam.
“Ia bukan persoalan atau isu asal tempat kedatangan sesuatu sambutan sesuatu perayaan dan keraian itu, tetapi amalan atau ritual yang dilakukan untuk merayakan hari-hari tertentu itu,” katanya.
Wan Mohamad berkata Islam bukan agama yang menyekat atau menghalang untuk penganutnya meluahkan kasih sayang tetapi apa yang disekat adalah perbuatan maksiat yang dilakukan semasa menyatakan kasih sayang itu.
“Jika kita kasih pada orang, itu bukan maksiat tetapi kalau kita adakan hubungan diluar pernikahan, itu maksiat. Itu bezanya,” ujarnya.
Katanya beliau yakin bukan sahaja Islam, agama lain juga meletakkan batasan dan etika yang perlu penganutnya patuhi.
Beliau berkata bagi Hari Valentine, meraikannya sangat jelas ia terarah kepada amalan maksiat.
“Itulah sebabnya fatwa dikeluarkan untuk menyekat dan menasihati orang Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine dengan melihat dari segi sejarah dan realiti sekarang ini, di mana-mana pun ia sinonim dengan amalan maksiat,” katanya.
Sebagai perbandingan, Wan Mohamad berkata fatwa juga memutuskan sekiranya rakan bukan beragama Islam mengadakan majlis menyambut hari perayaan mereka, orang Islam boleh menghadirinya.
Namun jika majlis sosial itu menyajikan minuman beralkohol, “majlis itu sudah rosak dan kita tidak boleh hadir,” katanya.
“Kita juga boleh meraikan kawan kita yang meraikan hari perayaan agama mereka tetapi kita ditegah daripada terlibat dengan ritual agama itu sebab itu sudah masuk ke dalam isu akidah,” jelasnya.
Beliau berkata penjelasan juga perlu dibuat agar Islam tidak difitnah dengan mengatakan agama itu tidak boleh meraikan rakan bukan Islam yang meraikan Hari Natal, Hari Diwali, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya.
“Kita hanya tidak boleh terlibat dengan ritual ibadat agama lain. Acara sosial, kita berhimpun dengan mereka yang bukan Islam, itu tidak ada masalah.
“Pemimpin kita juga hadir majlis sebegitu. Malah Mufti-mufti kita hadir ke majlis jamuan teh yang dianjurkan oleh jiran yang menyambut Hari Natal,” katanya.
Pelancaran Kempen Awasi Jerat Hari Valentine tersebut adalah untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih Isnin ini.
“Islam menganjurkan umatnya supaya menjadikan jalinan kasih sayang sesuatu yang abadi. Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ia adalah sepanjang hayat,” kata Wan Mohamad.

The main message here is VALENTINE DAY not for MUSLIM only...
SOURCES:
http://islamgreatreligion.wordpress.com/2011/02/12/say-no-to-valentine-day/
http://aceh.tribunnews.com/2012/02/13/partai-islam-malaysia-menentang-perayaan-valentine-day
Saturday, 11 February 2012
Batas pergaulan antara sepupu atau anak-anak bapa dan ibu saudara
Sehingga dalam masyarakat kita, berjabat tangan dengan sepupu, ipar, biras, isteri bapa saudara (mak saudara), suami ibu saudara (bapa saudara) lebih mudah daripada minum air.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat At-Thabrani)
Kemudian tidak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan pun berzina.” (Hadis riwayat Ahmad)
Dan, adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Muhammad S.A.W ? Namun begitu, beliau mengatakan:
“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ahmad)
Beliau juga bersabda:
“Sesungguhnya aku tidak menyetuh tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ath Thabrani)
Dan dari Aisyah R.A, dia berkata:
“Dan demi Allah, sesungguhnya tangan Rasulullah S.A.W tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi beliau membai’at mereka dengan perkataan.” (Hadis riwayat Muslim)
source:google
Sepupu atau anak-anak sebelah bapa dan ibu saudara tidak termasuk dalam kategori mahram, kerana sepupu ini dikategorikan boleh berkahwin.
Firman Allah yang bermaksud :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. " (Al-Nur : 31)
Dari ayat yang dinyatakan di atas ini, tidak ada sepupu atau anak-anak dari bapa atau ibu saudara, maka aurat dan batas pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan sepertimana bukan mahram.
Aurat bukan mahram bagi perempuan ialah seluruh anggota badannya kecuali tapak tangan dan mukanya sahaja.
Bagi lelaki walaupun batas auratnya antara lutut sehingga pusatnya, maka lebih baiklah ia berpakaian sempurna sebagai adab mendepani tetamu dan perempuan yang bukan mahram, takut berlakunya fitnah atau apa-apa perasaan tidak sepatutnya.
Pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan mestilah dibataskan, kerana haram mereka bersentuhan antara mereka kerana mereka ini boleh berkahwin sebagai pasangan suami isteri.
Firman Allah yang bermaksud :
“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan yang berikut) ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, saudara bapa kamu, saudara-saudara ibu kamu, anak-anak saudara kamu yang perempuan, ibu-ibu susu atau yang menyusukan kamu, saudara-saudara susuan kamu, ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri dalam peliharaan kamu dari isteri yang telah kamu setubuhi (melaikan kamu belum mensetuhi isteri kamu dan menceraikan mereka), bekas isteri-isteri anak kamu yang berasal dari benih kamu, haram kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku dimasa dahulu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Nisa : 23)
Dari ayat Al-Quran di atas ini, dapat difahamkan bahawa sepupu dibolehkan kawin dengan sepupu yang lain. Maka sepupu merupakan bukan mahram dan auratnya sepertimana perempuan-perempuan atau lelaki-lelaki mahram yang lain.
source: http://www.ustaznoramin.com n http://www.halaqah.net/
source:google
Tuesday, 31 January 2012
Daya Tarikan Wanita Menurut Lelaki Yang Beriman
Lambat mendapat jodoh?
Gagal dalam hubungan percintaan?
Bagi seorang isteri pula merasa kurang perhatian dan belaian suami.
APE PUNCANYE??
kami sendiri pun masih tercari2 asbab n musababnye...
salah laki??salah perempuan??salah kedua2nye??
Memang jodoh tu di tangan tuhan..gagal dlm percintaan or rumah tangga pun org kate dh qada' n qadarnye camtu....terima jela..
tapi.....kan kene usaha..kalau usaha pon xbetol, juz redha n pasrah je....tak ke salah tu???
ketepikan salah lelaki...kita cari kelemahan perempuan/wanita dulu..bole??;)
ada satu pandangan yg mewakili LELAKI yg menarik perhatian kami..iaitu dari http://drjuanda.com
apa kata beliau dlm blognya??
KATANYA, keadaan sebegini berpunca dari lemahnya pengetahuan wanita tentang apa sebenarnya yang lelaki suka dan idamkan dari peribadi wanita itu sendiri.
Orang yang telah berumahtangga sepuluh tahun sepatutnya lebih peka dan sensitif terhadap pasangannya tetapi banyak berlaku sebaliknya.
Malu menunjukkan perhatian, sentuhan dan belaian serta ia jarang ditonjolkan kerana sibuk dengan urusan rumahtangga, anak-anak dan hal mencari nafkah.
Perkahwinan mereka menjadi hambar dan kurang kepanasannya.
Rutin harian yang dilakukan semakin menjejaskan suasana romantik dalam perhubungan suami dan isteri.
Wanita yang sedang mencari pasangan pula lain ceritanya.
Ada yang sanggup mengeluarkan wang ringgit yang banyak untuk membaiki imej dan penampilan diri. Salon-salon kecantikan menjadi langganan.
Butik-butik pakaian dan perhiasan menjadi tempat lepak yang amat diminati.
Tetapi kekasih yang dinanti silih berganti datang dan pergi semuanya tak lekat di hati.
Mengapa keadaan ini berlaku?
Apa sebenarnya daya tarikan wanita yang membuat lelaki tak bosan berdampingan dengannya?
1. Budi bahasa dari jiwa.
Kekuatan wanita ada pada bahasa tubuhnya iaitu tingkah laku, perbuatan zahir atau akhlak yang mulia. Setiap perkataan yang dilafazkan menjadi penilaian.
Adakah ia seorang yang sabar, jujur, berpendidikan atau setidak-tidaknya tahu hal dunia hari ini?
Atau adakah ia seorang yang suka berleter, kasar, kurang ilmu dan sebagainya?
Semua yang terpacul dari lidah bermuara di hati nurani masing-masing.
Wajah ayu yang sedap dipandang janganlah bertukar pahit apabila terdengar bahasa yang menyakitkan telinga.
source: google
2. Make-up yang memikat.
Jangan salah tafsir tentang make-up!
Yang dimaksudkan di sini adalah air sembahyang untuk pembersih dan penyegar wajah.
Untuk pembayang mata dan melentikkannya, gunakanlah jenama ‘malu’ agar mata mampu menangkis setiap panahan syahwat.
Manakala pemerah bibir yang sesuai adalah kata-kata penuh hikmah yang memikat setiap orang yang mendengar dengan penuh keinsafan.
Dijamin lelaki yang beriman amat meminati wanita seperti ini.
source: google
3. Busana takwa.
Para wanita di syurga dihiasi dengan pakaian daripada sutera hijau yang bertahtakan permata-permata berkilauan.
Kerana itulah keindahan wanita diabadikan di dalam Al-Quran dengan pakaian dan perhiasannya.
Tetapi kegilaan pada fesyen yang mendedahkan aurat wanita saat ini amat membimbangkan.
Wanita semakin berani mempamerkan segalanya yang boleh menjadi daya tarikan lelaki.
Adakah mereka terfikir bahawa sebenarnya lelaki amat kuat cemburu?
Mereka yang benar-benar bersungguh-sungguh ingin menjadikan anda isteri tidak akan berminat dengan jenis wanita yang berpakaian sebegini. Kerana ia menunjukkan kerendahan akhlak dan kemurahan peribadi.
Bayangkan barang yang tertutup kemas dan terlindung pasti lebih tinggi nilainya daripada barang yang telah dibuka dipegang dan dilihat sesuka hati sesiapa jua.
Sebenarnya pakaian adalah gambar keperibadian yang sesungguhnya dan tersirat tabiat si pemakainya.
4. Superwoman.
Superwoman digambarkan dengan ciri-ciri seorang yang hebat, berjiwa pahlawan, suka menolong orang dan bukan sebaliknya suka menyusahkan orang.
Begitulah gambaran wanita yang mandiri, tidak bergantung pada belas kasihan sesiapa, mampu menghadapi kesusahan dan cabaran hidup dengan tabah.
Bahkan dialah penolong bagi sesiapa yang memerlukan pertolongan.
Sebagai kekasih tentunya dia dapat berdiri di sisi pasangannya dengan keberanian menghadapi segala ujian kehidupan.
Tidak lemah dan manja, bukan seorang yang pemalas dan cepat putus asa.
Begitulah daya tarikan yang lebih tinggi nilainya dari sekadar kecantikan paras muka yang semakin lama semakin pudar dimakan usia.
Tetapi kekuatan peribadi takkan sirna ditelan zaman.
source: aznahmad.blogspot.com
5. Suka dikritik dan bersikap terbuka.
Menjadi pasangan yang ideal bukannya mudah.
Perlukan kesabaran untuk kekal di sisinya, mahu mendengar pendapat orang lain, bersedia melakukan perubahan pada diri.
Bertanya secara terbuka kepada pasangan anda apa yang dia suka dan apa yang tidak disukainya. Bukan bererti mengikut secara total segala kemahuan lelaki.
Berikan pertimbangan sewajarnya, buka perbincangan untuk kebaikan bersama.
Jangan ego dan cepat berkecil hati.
Jadilah sahabat dan kekasih yang memberi kebebasan bagi pasangan anda untuk menyatakan pendapatnya.
Di dalam hubungan kasih sayang, saling mengekspresikan diri sungguh menyeronokkan dan tak akan bosan anda melayan kerenah masing-masing.
Bagi mereka yang dah berkahwin, marilah kite cuba amalkan doa kasih sayang setiap kali selepas solat..mudah2an doa kita dimakbulkan Allah..amiiin..;)
source: murabbiy.com
Sungguh bertuahlah sesiapa yang mendapat pasangan seperti ciri-ciri di atas.
Bagi yang mahu berubah, tidak ada kata terlambat untuk membaiki diri.
Kerana biar bagaimanapun, lelaki tetap memerlukan wanita sebagai penyempurna kebahagiaannya.
Tetapi wanita mesti lebih peka terhadap kekurangan-kekurangannya agar ia tetap menjadi pilihan satu-satunya di hati seorang lelaki bernama suami.
Rasulullah SAW bersabda: ”Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, kecantikannya, nasab keturunannya dan agamanya. Pilihlah wanita kerana agamanya nescaya engkau akan bahagia.”

Wednesday, 18 January 2012
PANDUAN MENCARI JODOH UNTUK WANITA PROFESIONAL
Keperluan kepada teman hidup di alam perkahwinan menjadi impian setiap wanita. Walaupun jodoh dan rezeki, ajal dan maut telah ditentukan ketika kita masih di alam rahim lagi, bukan bererti anda patut berserah diri dan tawakal buta semata-mata. Allah SWT menyukai hamba-hamba-Nya yang berikhtiar dan jerih payah mereka akan mendapat ganjaran pahalanya.
Bagi wanita profesional yang sangat sibuk dengan kerjaya tentu saja mereka ada impian untuk berumahtangga, akan tetapi perancangan yang dibuat belum dapat terwujud disebabkan faktor-faktor tertentu yang menghalang hasrat mereka itu. Bagi mereka yang ingin mendapat jodoh yang baik dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat seelok-eloknya anda meneliti beberapa tips yang akan membantu anda mencapai impian tersebut.
1. Tanamkan niat yang ikhlas.
Cuba selami hasrat hati anda dan temukan kejujuran di dalamnya bahawa anda amat memerlukan pasangan hidup, jangan mengelak dan menafikan kebenaran ini. Kemudian sandarkan hasrat itu pada ganjaran pahala yang dijanjikan Allah. Pernikahan adalah ibadah. Jalan untuk mensucikan diri dan akhlak, menambah rezeki dan amalan yang menyamai setengah dari agama. Sepertimana sabda Baginda SAW: ”Apabila seorang hamba telah berkeluarga, bererti ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Maka takutlah (bertakwa) kepada Allah dengan separuh yang lainnya.” (Hadis riwayat Al-Thabrani).

Bahkan taraf pernikahan sama dengan kemuliaan berjihad di jalan Allah. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: ”Tiga golongan orang yang pasti mendapat pertolongan Allah, iaitu hamba mukatab yang bermaksud melunasi perjanjiannya, orang yang menikah dengan maksud memelihara kehormatannya dan orang yang berjihad di jalan Allah.” (Hadis riwayat Al-Turmudzi, Al-Nasai, Al-Hakim, Al-Daru Quthni dengan darjat sahih).
Niat untuk mendapatkan rezeki berupa zuriat yang salih adalah menjadi pendorong untuk menyegerakan pernikahan. Semaklah kata-kata Umar bin Al-Khattab ketika berkahwin. ”Sungguh, aku memaksakan diri berkahwin dengan harapan Allah akan mengkurniakan dariku makhluk yang akan bertasbih dan berzikir kepada-Nya.” Betapa besar pahala amal jariah yang dilakukan oleh pasangan yang menikah kerana Allah, kerana dari pernikahan itu akan lahir hamba-hamba Allah yang bersujud dan tersebarlah agama Allah ini dengan berkat pernikahan yang diredai-Nya.
2. Lakukan Muhasabah Diri.
Seorang wanita yang kenal dengan keperibadiannya sendiri adalah wanita yang cerdik dan matang. Sesetengah wanita merasa tiada keyakinan untuk hidup bersama seseorang yang bernama suami. Anda takut menghadapi risiko dan mungkin krisis rumahtangga yang menjejaskan kebahagiaan. Akhirnya perkahwinan menjadi suatu fobia bagi diri anda. Janganlah merasa bimbang kerana itu adalah hal yang normal, tetapi sikap putus asa dan tidak mahu berusaha untuk memperbaki diri adalah perkara negatif yang harus dielakkan. Segala sesuatu mempunyai risiko, hidup ini adalah perjalanan yang penuh dengan risiko. Yang terpenting adalah bagaimana anda menghadapinya dengan berani dan bersungguh-sungguh. Jangan takut sebelum berjuang. Kerana itu adalah sikap orang yang lemah.

Muhasabah diri maknanya anda melengkapkan diri anda dengan sikap yang baik, minda yang positif, menjadi orang yang mudah didekati dan yang paling penting adalah menjaga hubungan dengan Allah sebaik-baiknya. Kerana apabila Rahmat Allah telah tercurah di hati seorang wanita, maka Allah menjadikan seluruh manusia sayang dan kasih kepadanya. Jika orang-orang di sekeliling anda melihat sesuatu yang istimewa pada diri anda, pastikan ianya berasal dari keteguhan iman dan keperibadian anda yang salihah. Demikianlah sabda Rasulullah SAW: Dalam hadis qudsi Allah berfirman: ”Sesungguhnya Aku mencintai si fulan, maka cintailah ia. Kemudian Jibril mencintai orang itu dan berkata ia kepada penghuni langit, ”Sesungguhnya Allah mencintai si fulan maka cintailah dia. Maka penghuni langitpun mencintai orang itu, setelah itu kecintaan-Nya diteruskan kepada penghuni bumi.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
3. Ikhtiar Mencari Pasangan.
Dalam Islam, hak memilih pasangan bukan hak monopoli lelaki saja. Wanita juga disuruh untuk menentukan dengan siapa dia mahu dikahwinkan. Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW: ”Jangan kamu kahwinkan seorang gadis kecuali dengan izinnya, sedangkan persetujuannya adalah diamnya.” Usaha untuk mendapat teman hidup mesti dilakukan dengan serius dan bersungguh-sungguh. Dengan syarat anda mesti menjaga adab-adab dan akhlak dalam menjalinkan perhubungan dengan kaum lelaki. Penglibatan anda dalam pelbagai komuniti selain di tempat kerja adalah amat digalakkan agar anda dapat berkenal-kenalan dengan tujuan dan niat yang ikhlas. Tidak salah jika anda meminta tolong orang lain untuk mencarikan lelaki yang sesuai. Begitulah yang pernah dilakukan oleh Khadijah RA ketika meminang Rasulullah SAW, tetapi anda harus memilih orang yang amanah dan jujur untuk kerja ini. Pilihan orang tua tiada salahnya untuk dipertimbangkan.

Yang paling penting ialah proses memilih mesti dengan syarat. Iman dan akhlak yang mulia dijadikan syarat mutlak bagi lelaki yang akan mendampingi hidup anda sepanjang hayat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: ”Jika datang kepada kalian orang yang baik agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia dengan putrimu.” (Hadis riwayat al-Turmizi). Jangan lupa berdoa dan sembahyang istikharah supaya Allah menenteramkan hati anda untuk bersedia memilih yang terbaik. Ingatlah sabda Rasulullah SAW: ”Mintalah fatwa (pendapat) pada hatimu, kebaikan itu adalah apa-apa yang tenteram jiwa padanya dan tenteram juga hati. Dan Keburukan (dosa) itu adalah apa-apa yang syak dalam jiwa dan ragu-ragu dalam hati walaupun orang-orang memberi fatwa (pendapat) kepadamu dan mereka membenarkannya.”
4. Jangan cerewet memilih dan jangan pula terburu-buru.
Apabila anda disuruh menilai lelaki yang akan menjadi calon suami anda, akan timbul perasaan sensitif dalam hati anda. Bahkan anda akan lebih berasa sensitif dari kebiasaannya. Anda menjadi lebih kuat insting dan ketajaman menilai orang lain. Peka dengan kekurangan-kekurangan pada diri lelaki tersebut. Atau sebaliknya merasa dia lebih hebat dari anda sehingga timbul sikap rendah diri yang akhirnya memusnahkan keinginan untuk meneruskan perhubungan itu. Dilema yang dihadapi timbul dari penyakit-penyakit hati yang kurang ikhlas. Menjadi sensitif adalah baik dalam hal-hal yang penting dan asasi seperti agama dan akhlaknya, tetapi sikap terlalu cerewet dalam hal yang remeh temeh sudah menunjukkan anda tidak matang dalam memilih. Padahal lelaki itu hanya kurang sedikit tinggi atau agak gelap kulitnya. Bukankah yang paling mulia di sisi Allah yang paling takwa?

Tuesday, 17 January 2012
Jom KARAOKE!!
KARAOKE...mesti ramai yang sukekan???..tapi boleh ke tak sebenarnya???hukumnye camne ek??
dari kampung sampai ke bandar, dari majlis perkahwinan sampai ke majlis korporat, dari zaman ingusan sampai ke peringkat universiti pun ramai yang ambil mudah pasal karaoke ni...
nampak remeh temehkan??tapi yang remeh temeh tula boleh jatuh hukum HARAAAM!!!!!
Jom fahami jawapan dari soalan lazim tentang KARAOKE...
source: google image

Soalan lazim :
ustaz ,saya suka berkaraoke, kadang kala saya berkaraoke bersama teman – lelaki di pusat karaoke yang berada di pusat membeli belah, adakah menjadi kesalahan, apakah hukum berhibur . lebih lagi di pusat karaoke .
Jawapan ustaz kazim :
karaoke sesama lelaki apa masalahnya,jgn bercampur peempuan bukan mahram,jgn sampai lalai dr solat,jgn minum arak,lagu yg tak melalaikan,karaoke la tak dk masalah apa.
Soalan lazim 2 :
Saya perempuan..Saya pun suka berkaraoke di tempat awam tetapi tertutup, sesama perempuan….bila menyanyi mesti suara kedengaran di luar ….tp orang tak nampak muka n tak kenal siapa. Bole tak Ustaz?
Jawapan ustaz kazim :
kaedahnya,kalau suara perempuan tu dimerdukan dikhalayak ramai haram la.
Kata ustaz azhar idrus :
Karaoke di rumah dan tidak bercampur laki perempuan hukumnya harus dengan syarat senikata tidak haram, tiada orang yang haram mendengarnya, tidak mengganggu jiran, hormat waktu solat dan tidak terlalu lama.
Karaoke perlu berpada-pada untuk menghilangkan rasa penat atau jemu beribadah.
Karaoke di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram..tak kire di mana tempat sekalipon
source: google image
RUMUSANnye:
- Nak karaoke boleh tapi jgn bercampur lelaki dan perempuan
- Nak karaoke boleh tapi jgn lagu yang lagha dengan senikata yang melalaikan
- Nak karaoke boleh tapi jgn sampai mengganggu jiran dan orang di sekililingnya
- Nak karaoke boleh tapi jgn sampai langgar waktu solat dan melambatkan solat
- Nak karaoke boleh tapi jgn terlalu lama sehingga ibadah lain terabai
- Nak karaoke boleh tapi biarlah berpada, kena dengan waktu yang sesuai dan tidak terlalu lama
source: google image
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)