wings





Thursday, 12 July 2012

Bangun Subuh



Keheningan Subuh, ia mempunyai rahsia dan kekuatan yang tersendiri.

Berpagi-pagian di awal pagi merupakan amalan salafusoleh dan orang-orang mukmin sejak zaman berzaman. Malah, terdapat suatu rahsia serta kekuatan yang luar biasa bagi mereka-mereka yang membiasakan diri bangun awal di pagi hari.
Mereka adalah insan-insan yang terpilih yang bangun awal sebelum Subuh dan mereka melaksanakan solat Subuh setiap hari ikhlas kerana Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“ Dan dirikanlah pula solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh malaikat.”
(Surah al-Isra 17 : 78)
Namun, selalunya apa yang berlaku dalam realiti kita ialah – ia adalah suatu yang sangat-sangat sukar untuk bangun awal sebelum Subuh. Selimut yang seringan kapas itu terasa bebanannya seperti batu konkrit. Dan, ramai di kalangan kita terlepas kewajipan asasi di awal pagi iaitu solat Subuh kerana susah untuk bangun daripada tidur yang nyenyak.
Kali ini, saya kongsikan tips bagaimana untuk bangun awal sebelum Subuh. Tips ini bukanlah sekadar untuk dihebah-hebahkan atau diwar-warkan semata-mata, tetapi untuk digerakan, diamalkan dan dilaksanakan oleh kita semua.
  1. Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Setting diminda, bahawa kita ingin bangun awal keesokan harinya. Lebih baik sekiranya kita katakan secara terperinci tentang masa yang ingin kita bangun. Contoh : “ Esok saya akan bangun pada jam 5.30 pagi.”
  2. Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna mungkin.
  3. Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. Sebaiknya, solat sunat Taubat. Cantiknya, sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT.
  4. Gunakan alat  bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Mohon bantuan ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada. Di samping itu, setkan jam loceng atau alarm telefon kita berhampiran dengan kita.
  5. Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.
  6. Bacakan doa sebelum tidur dan bacaan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas.Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.
  7. Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan memuja Allah SWT. Alhamdulillah, Alhamdulilah, Alhamdulillah.
  8. Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat awal, ia seperti sukar. Lama kelamaan ia akan berputik di hati. Kita akan biasa dengan amalan ini jika ia dilakukan terus-menerus tanpa putus asa.
  9. Jika berjaya, syabas saya ucapkan. Sekarang cabarannya ialah untuk mengekalkan amalan ini dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Jadi bagaimana?
  10. Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini. Hasrat dan harapan kita hanya satu agar Allah SWT sayang dan redha kepada kita.
Justeru, bilakah kita akan mulakan tips ini?
Saranan saya, kita lakukan segera tanpa bertangguh. Esok pagi, adalah pagi yang terbaik untuk kita. Kerana apa? Kita mampu bangun awal sebelum Subuh, bersiap siaga untuk solat Subuh berjemaah, menghiasinya dengan bacaan Al-Quran, berdoa, berzikir dan terus berfikir untuk masa hadapan kita di akhirat.
BroHamzah
Berjuang bersungguh-sungguh untuk bangun awal sebelum Subuh.

Monday, 11 June 2012

OUR WEDDING ANNIVERSARY

Syg, SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN kite yang PERTAMA.
Terima kasih atas segala pengorbanan syg.
Semoga cinta kite kekal ke akkhir hayat.
Amin..;)
msg from MR. KAMI, tepat jam 12 tengah malam....

mase dpt msg ni dah selamat tido..penat amat sangat...cz kerja di laut semalam...dgn hujan n of course alun ombaknye pon ganaz..memang menahan mabuk laut jela...dh sampai umah pon, still terasa diayun2..huh!!tak suke btol g laut time hujan2 ni....tp apakan daya.....itula keje ku..;) 

Yes, hari ini adalah hari kami sah sbg suami n istri dengan sekali lafaz yang diijabkan sendiri oleh ayahanda tercinta di surau MENARA PJH, PUTRAJAYA around 11.30am..tapi tahun lepas r..our WEDDING DATE: 110611..;) tengaharinye pula disambung dengan majlis makan2 aka kenduri kahwin...kalau diingatkan semula, hari tersebut adalah hari yg sngt penat krn dr pg smpai ke ptg di DEWAN MENARA PJH bersama saudara mara n rakan2 tp semua penat lelah hilang ble sentiasa bersama..hee;)..Majlis kami sangatla meriah cz kami hanya buat satu majlis shj n xda sambut2 menantu dah..so sdara mara la yg ramai dtg...best2!!!Ape yg penting, majlis berjalan lancar dan kami berharap sangat majlis tersebut diberkati Allah. Jika ada terselit cacat cela n 'kemungkaran' ketika majlis kami tersebut, ampunkan lah kami sekeluarga YA ALLAH!!(halamak!!rasa ayat sngt skema bila tulis dlm BM)

Alhamdulillah, genap setahun KAMI bersama, walaupun tidak tinggal sebumbung tp KAMI tetap berusaha menjalankan tanggungjawab sbg suami n isteri yg TERBAEK!!KAMI yakin suatu hari nnt KAMI akan tinggal bersama spt kwn2 yg lain yg telah berumahtangga..;) KAMI redha dengan tkdir ini n peluang ini KAMI ambil utk memperbaiki diri masing2 terutamanya dr segi ilmu agama..itulah yg sering diingatkan oleh BONDA tersyg stiap kali bermesej2 dgnnye;)..mudah2an KAMI terus di bwah lindunganNYA n diberkatiNYA....amin!!!!

to Abg Cyg, SELAMAT ULANGTAHUN juga...
Terima kasih krn trus sabar dgn karenah syg..hihhihi...
Semoga kita bahagia di dunia n akhirat...
Amin..;)
msg from MRS. KAMI, tepat jam 5 pagi....(selepas bersahur)