wings





Tuesday, 17 January 2012

Jom KARAOKE!!

KARAOKE...mesti ramai yang sukekan???..tapi boleh ke tak sebenarnya???hukumnye camne ek??


source: google image

dari kampung sampai ke bandar, dari majlis perkahwinan sampai ke majlis korporat, dari zaman ingusan sampai ke peringkat universiti pun ramai yang ambil mudah pasal karaoke ni... 


nampak remeh temehkan??tapi yang remeh temeh tula boleh jatuh hukum HARAAAM!!!!!


Jom fahami jawapan dari soalan lazim tentang KARAOKE...


source: google image



Soalan lazim :
ustaz ,
saya suka berkaraoke, kadang kala saya berkaraoke bersama teman – lelaki di pusat karaoke yang berada di pusat membeli belah, adakah menjadi kesalahan, apakah hukum  berhibur .  lebih lagi di pusat karaoke .

Jawapan ustaz kazim :
karaoke sesama lelaki apa masalahnya,jgn bercampur peempuan bukan mahram,jgn sampai lalai dr solat,jgn minum arak,lagu yg tak melalaikan,karaoke la tak dk masalah apa.

Soalan lazim 2 :
Saya perempuan..Saya pun suka berkaraoke di tempat awam tetapi tertutup, sesama perempuan….bila menyanyi mesti suara kedengaran di luar ….tp orang tak nampak muka n tak kenal siapa. Bole tak Ustaz?

Jawapan ustaz kazim :
kaedahnya,kalau suara perempuan tu dimerdukan dikhalayak ramai haram la.



Kata ustaz azhar idrus :
Karaoke di rumah dan tidak bercampur laki perempuan hukumnya harus dengan syarat senikata tidak haram, tiada orang yang haram mendengarnya, tidak mengganggu jiran, hormat waktu solat dan tidak terlalu lama.
Karaoke perlu berpada-pada untuk menghilangkan rasa penat atau jemu beribadah.
Karaoke di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram..tak kire di mana tempat sekalipon

 source: google image


RUMUSANnye:


  1. Nak karaoke boleh tapi jgn bercampur lelaki dan perempuan
  2. Nak karaoke boleh tapi jgn lagu yang lagha dengan senikata yang melalaikan
  3. Nak karaoke boleh tapi jgn sampai mengganggu jiran dan orang di sekililingnya
  4. Nak karaoke boleh tapi jgn sampai langgar waktu solat dan melambatkan solat
  5. Nak karaoke boleh tapi jgn terlalu lama sehingga ibadah lain terabai
  6. Nak karaoke boleh tapi biarlah berpada, kena dengan waktu yang sesuai dan tidak terlalu lama
source: google image

Monday, 16 January 2012

AMANAH

Lelaki yang beriman kepada Allah, lebih lembut kepada isterinya daripada seekor arnab yang jinak. Iman akan melahirkan jiwa lelaki yang tidak mementingkan diri sendiri, mengambil berat urusan rumahtangga, menjaga dengan baik perasaan, emosi, fizikal dan mental isteri. Lembut bukan bererti mengalah, bahkan sentiasa berada di hadapan untuk membimbing isteri dalam melayari kehidupan rumahtangga.
Begitu juga dengan wanita yang beriman, hatinya amat sensitif bila berhadapan dengan suami. Menghidu dan menyiasat apakah kelemahan-kelemahan yang mencacatkan keperibadiannya sebagai isteri. Untuk menjadikan hati anda dan pasangan semakin sensitif dan hidup semula eloklah ingati beberapa nasihat ini:



1. Pasangan kita adalah amanah Allah.
Tak kira suami atau isteri, masing-masing akan dipersoalkan tentang AMANAH yang dipikulnya. Siapa yang mensia-siakan amanah Allah bererti dia telah khianat kepada Allah. Suami kaki pukul, isteri queen control, suami tak bekerja, isteri tak layan suami, semua itu adalah perbuatan-perbuatan yang menunjukkan pelakunya telah khianat kepada Allah SWT. 


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. (Surah Al-Anfal ayat: 27)
Tahukah anda nasib orang-orang yang khianat kepada Allah? 
Dia akan dilaknati semua makhluk sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah Taala jika Dia menghancurkan seorang hamba, nescaya Allah cabut rasa malunya. Jika telah dicabut rasa malunya, kamu tidak menjumpainya melainkan dia telah membenci dan dibenci orang, lalu dicabut amanah dalam dirinya. Jika dicabut amanah darinya kamu tidak akan menjumpainya melainkan dia akan berkhianat dan dikhianat. Jika sudah begitu kemudian dicabut kasih sayang dari dirinya, jika sudah begitu kamu tidak menjumpainya melainkan dia dilaknat dan dikutuk, jika sudah begitu maka dicabutlah ikatan keislamannya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Bermula dari tidak amanah kepada pasangan akhirnya terjebak ke dalam dosa yang lebih besar sehingga kehilangan iman dan Islam. Alangkah malangnya nasib manusia begini.




2. Pasangan kita adalah bukti kasih sayang Allah.
Konflik yang memecah belah kasih sayang anda di rumah sebenarnya sebagai satu petanda saat itu Allah telah mencabut rahmat-Nya dari rumah anda. Mengapa? Kerana masing-masing tidak berperanan dengan baik dan lalai menjaga amanah perkahwinan. Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi.” (Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Kehidupan anda dan suami adalah amat penting untuk difikirkan. Fikirkan bagaimana untuk menyuburkan kasih sayang di rumah. Perkara ini lebih penting daripada urusan hobi anda yang suka memancing, main bola atau perniagaan anda. Begitu pula kepada isteri manakah yang lebih penting; shopping, melepak, jualan langsung atau kasih sayang dalam keluarga?
Hubungan yang baik dengan pasangan hidup anda menunjukkan bahawa hubungan anda pun baik kepada Allah. Jika hubungan dengan Allah bermasalah maka anda akan rasakan terseksanya hidup bersama pasangan.
Last quest: Untuk memiliki hati yang sensitif kepada pasangan, jangan lupakan apakah anda telah pun sensitif kepada Allah?





Source: DrJuanda